IQNA

Pemimpin Buddha Tibet, Mengutuk Keganasan Terhadap Umat Islam Di Myanmar

23:21 - May 08, 2013
Berita ID: 2530732
Kumpulan Antarabangsa: Dalai Lama, pemimpin keempat belas Buddha Tibet mengutuk serangan dan keganasan yang dilakukan oleh pelampau sami-sami Buddha ke atas orang-orang Islam Myanmar
Menurut Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA) dipetik dari “Agensi Berita Reuters”, Semalam 7 Mei, Dalai Lama didalam ucapannya di Universiti Meriland Amerika, berkaitan dengan serangan dan kekejaman Buddha-buddha Myanmar ke atas masyarakat minoriti Islam Myanmar berkata: “Membunuh orang atas nama agama adalah tidak masuk akal.”
Pemimpin yang berusia 77 tahun ini, di dalam menekankan bahawa punca keganasan ke atas masyarakat Islam Myamnar adalah masalah politik dan bukanlah masalah agama berkata: “Saya mendoakan supaya pemimpin-pemimpin Buddha mengikuti dan mentaati ajaran Buddha dimana salah satunya adalah membela orang-orang Islam.”
Kira-kira setahun yang lalu, dengan alasan masyarakat minoriti Islam di negara ini bukanlah warganegara, keganasan terhadap golongan ini telah bermula dengan diketuai oleh sami-sami Buddha dan disokong oleh kerajaan dan pasukan keselamatan Myanmar.
Keganasan ini telah menyebabkan ramai umat Islam kehilangan nyawa dan sebahagiannya lagi kehilangan tempat perlindungan.
1224868
captcha